Bahasa: EN | BM |

Mengenai Kami

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Perniagaan Makanan Maz (M) Sdn Bhd (PMMSB) adalah pengeluar makanan sejuk beku sejak tahun 2006. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006 sebagai pengeluar makanan sejuk beku kuih tradisional Melayu. Syarikat kami telah memperluaskan rangkaian produknya untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan eksport. Pada masa hadapan, syarikat akan terus berusaha mengembangkan pasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa.
PRODUK SYARIKAT

Antara produk syarikat di bawah jenama WAFIZ adalah kuih tradisional Melayu seperti karipap (ayam, daging, kentang, sardin), popiah (spring roll), samosa, dan lain-lain. Kini, PMMSB melalui jenama AD-DEEN telah menghasilkan produk lain seperti nuget ayam (roti rangup, tempura dengan pelbagai perisa), bebola daging, bebola ayam, burger (ayam dan daging).
KUALITI DAN KESELAMATAN PRODUK

PMMSB komited sepenuhnya terhadap kualiti produk dan perkhidmatannya. Untuk memastikan kualiti produk kami dan kepuasan pengguna produk kami, keselamatan makanan adalah keutamaan dan komitmen utama kami, sejajar dengan piawaian GMP dan HACCP. Sehingga kini, kami berjaya memperoleh pengiktirafan HALAL dan MESTI daripada pihak berkaitan.
Admin